Kehidupan peribadi Lisa_Surihani

Lisa Surihani dan bekas penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abd Halim mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis perkahwinan yang berlangsung selepas solat Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari. Sebelum ini mereka mengadakan sidang akhbar perkahwinan mereka di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya. Mereka tidak bertunang sebaliknya terus bernikah pada 23 Februari.[86][87][88][89][90] Lisa dan Yusry sebelum ini dilaporkan enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang.[91] Sebuah dokumentari eksklusif sebanyak dua episod mengenai kisah cinta pasangan itu sejak dari awal perkenalan sehingga perkahwinan telah disiarkan secara eksklusif di Astro Ria paad 25 Februari 2012.[92]

Turut hadir ialah ibu bapa Yusry, Abdul Halim Kamal dan Zarina Abdul Wahab Fenner serta abang sulung, Norman Abd Halim serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad. Lisa dan Yusry menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka, Yahaira Leanne yang dilahirkan pada 15 September 2015,[93][94][95] pada tahun berikutnya, beliau hamil anak kedua.[96][97] Pada 23 April 2017, beliau melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki kira-kira jam 7.10 pagi dan berada dalam keadaan sihat serta stabil dan ditempatkan di wad Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.[98][99][100] Pada 1 Mei, pasangan ini menamakan cahayamata kedua mereka sebagai Yusof Leonne sempena majlis tahnik bayi kedua mereka.[101][102]

Bapa Lisa, Mohamed Mahbob meninggal dunia pada 31 Oktober 2008 akibat kanser paru-paru, meninggalkan beliau dan adik-beradiknya di bawah jagaan ibunya.[103][104][105] Beliau ialah peminat setia KRU dan pernah menjadi penari latar kumpulan ini.[106]

Pada 11 Januari 2013, Lisa mengalami kerugian sejumlah RM50,000 selepas kad ATM miliknya disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab. Berkutan kes tersebut, beliau dan ibunya, Siti Amirah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang dari akaun banknya. Beliau merujuk kepada pihak bank dan dimaklumkan kad ATM beliau tidak boleh digunakan lagi kerana telah disalah guna oleh individu lain tanpa pengetahuannya.[107][108] Kejadian yang berlaku pada Jumaat jam 10.30 pagi apabila ibu Lisa ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan mendapati duit yang disimpan sudah tiada dalam akaun.[109] Lisa kemudian menyatakan rasa bersyukur apabila pihak polis berjaya menahan seorang kakitangan bank wanita yang menceroboh akaunnya sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000 dan memberinya pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.[110]

Pada Jun 2019, Lisa mengumumkan telah bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah di Mekah, Arab Saudi. Beliau telah memuat naik beberapa keping gambarnya ketika berada di sebuah acara di laman Instagramnya.[111] Menurut Lisa dalam temuramah bersama Astro Awani, keputusan beliau untuk bertudung bukan atas nasihat Yusry, namun masih berusaha untuk mencari hidayah dan keputusan memakai hijab bukan perkara mudah.[112]

Rujukan

WikiPedia: Lisa_Surihani http://www.mynewshub.cc/artis/dicabar-yusry-sebab-... http://www.mynewshub.cc/terkini/lisa-surihani-sele... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://english.astroawani.com/entertainment-news/l... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hbo-sentr... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kes-adam-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-berh... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-buka... http://www.budiey.com/betul-ke-lisa-surihani-bakal... http://www.budiey.com/filem-papa-i-love/